1)kena cari batu perenggan tanah yang akan diusahakan 2)sukat/learning lorong perenggan dan lorong pokok (buat anggaran kasar pun x pa) 3)kerja-pembersihan tapak -pastikan tidak masuk sempadan orang lain dan sisa pokok reba tidak dilungguk himpun di lorong yang akan ditanam pokok. Kena letak tengah dada lorong. Semua pokok pokok yang dibersihkan hendaklah dicabut tunggul dan akar supaya mudah kerja menanam nanti dan mengelakkan penyakit kulat akar. 4)selesai kerja pembersihan kena sukat dan learning perenggan dan lorong sekali lagi. Tandakan sempadan dan pacak kayu pancang di lorong-lorong. Buat pengiraan bil pokok yang boleh ditanam dan keluasan tanah untuk membuat bajet/kos pagar. 5)buat pagar yang sesuai mengikut jenis musuh tanaman yang ada di kawasan sekeliling seperti babi hutan, lembu, kambing dll. 6)selesai pagar baru kerja mengorek lubang dan menanam boleh dilakukan. Pastikan musim semasa yang sesuai sebelum kerja ini dilaksanakan (tidak kemarau) 7)disyorkan masa menanam dibuboh sama racun anai-anai kerana anak getah yang baru tanam amat digemarinya 8)selepas anak getah sudah dua minggu bolehlah ditabur baja. Disyorkan baja 15.15.15 cap kuda singa 9)ulangi pembajaan sebulan sekali bersama pemangkasan tunas air cabang yang tidak diperlukan 10)sulam kembali anak getah yang telah mati 11)buat pemantauan berterusan dan hasilnya pasti tidak mengecewakan!!!
Langkah-langkah untuk penanaman semula getah
BalasPadam1)kena cari batu perenggan tanah yang akan diusahakan
2)sukat/learning lorong perenggan dan lorong pokok (buat anggaran kasar pun x pa)
3)kerja-pembersihan tapak -pastikan tidak masuk sempadan orang lain dan sisa pokok reba tidak dilungguk himpun di lorong yang akan ditanam pokok. Kena letak tengah dada lorong. Semua pokok pokok yang dibersihkan hendaklah dicabut tunggul dan akar supaya mudah kerja menanam nanti dan mengelakkan penyakit kulat akar.
4)selesai kerja pembersihan kena sukat dan learning perenggan dan lorong sekali lagi. Tandakan sempadan dan pacak kayu pancang di lorong-lorong. Buat pengiraan bil pokok yang boleh ditanam dan keluasan tanah untuk membuat bajet/kos pagar.
5)buat pagar yang sesuai mengikut jenis musuh tanaman yang ada di kawasan sekeliling seperti babi hutan, lembu, kambing dll.
6)selesai pagar baru kerja mengorek lubang dan menanam boleh dilakukan. Pastikan musim semasa yang sesuai sebelum kerja ini dilaksanakan (tidak kemarau)
7)disyorkan masa menanam dibuboh sama racun anai-anai kerana anak getah yang baru tanam amat digemarinya
8)selepas anak getah sudah dua minggu bolehlah ditabur baja. Disyorkan baja 15.15.15 cap kuda singa
9)ulangi pembajaan sebulan sekali bersama pemangkasan tunas air cabang yang tidak diperlukan
10)sulam kembali anak getah yang telah mati
11)buat pemantauan berterusan dan hasilnya pasti tidak mengecewakan!!!