Ahad, 23 September 2012

a)Tanah berbukit
merupakan yang paling sesuai kerana tidak menakung air dan boleh dibuat teres.  Tanah teres yang baru ditolak tidak mempunyai sisa kayu dan tunggul yang menjadi punca pembiakan kulat yang menyerang pokok getah. Kadar kelembapan yang rendah menjadikan bakteria kulat kurang membiak dan tanah tidak masam memungkinkan pokok getah dapat membesar dengan sempurna.
b)Tanah pamah
boleh juga ditanan tetapi mempunyai sedikit risiko jika tanah tidak dibersihkan dengan sempurna. Contohnya jika semasa pembersihan kawasan atau  membuat tanaman semula tonggul pokok tidak dicabut sampai habis akan menjadi punca kulta  yang akan menyerang pokok getah semasa proses pereputan berlaku.
c)tanah paya
kurang sesuai dan mempunyai risiko yang tinggi. Jika hendak juga ditanam perlu membuat pa.rit Tanah jenis ini lebih sesuai ditanam dengan kelapa sawit.

Khamis, 20 September 2012

pemilihan anak benih
1)dapatkan dari tapak semaian yang berlesen/berdaftar dengan lembaga getah malaysia
2)pilih anak benihyang tunggul anak asal yang besar
3)keadaan daun dan batang  hijau pekat menandakan pokok sihat. daun pokok yang kekuningan menandakan pokok kekurangan nutrien
4)pastikan jenis klon yang dipilih. lazimnya ditandakan pada pangkal pokok dengan warna tertentu seperti hijau klon 350, putih klon 366,kuning klon 'KT', biru klon 314
5)tentukan anak jenis semaian biji atau cucuk
6)harga semasa pda 20/9/2012 ank semaian biji ketinggian 2tingkat lebih kurang 3 kaki RM4.00 sepokok semaian di Kg Baru Kejai

Jumaat, 14 September 2012

Anda mempunyai tanah kosong\terbiar. Ingin diusahakan.!!!
Hubungi saya...
cara tanam pokok getah

a)benih yang berkualiti
b)tanah yang sesuai
c)penanaman dan penjagaan yang sistematik (amalan pertanian baik)
d)hasil yang baik «$$$»