a)Tanah berbukit
merupakan yang paling sesuai kerana tidak menakung air dan boleh dibuat teres. Tanah teres yang baru ditolak tidak mempunyai sisa kayu dan tunggul yang menjadi punca pembiakan kulat yang menyerang pokok getah. Kadar kelembapan yang rendah menjadikan bakteria kulat kurang membiak dan tanah tidak masam memungkinkan pokok getah dapat membesar dengan sempurna.
b)Tanah pamah
boleh juga ditanan tetapi mempunyai sedikit risiko jika tanah tidak dibersihkan dengan sempurna. Contohnya jika semasa pembersihan kawasan atau membuat tanaman semula tonggul pokok tidak dicabut sampai habis akan menjadi punca kulta yang akan menyerang pokok getah semasa proses pereputan berlaku.
c)tanah paya
kurang sesuai dan mempunyai risiko yang tinggi. Jika hendak juga ditanam perlu membuat pa.rit Tanah jenis ini lebih sesuai ditanam dengan kelapa sawit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan